-->
728 x 90

CARI APE TU?

Tuesday, May 13, 2014

Selamat Menyambut Hari Wesak

Salam 1 Malaysia ^_^



Untuk pengetahuan semua, Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi semua penganut agama Buddha. Mereka akan memusatkan fikiran kepada lapan prinsip 'precepts' para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha 'Sutras'. Semua penganut akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Terdapat 3 elemen yang melambangkan Hari Wesak iaitu :-
  1. Kelahiran
  2. Pencerahan Agung, dan
  3. Kewafatan Gautama Buddha
Hari Wesak juga dikenali dengan beberapa nama yang berbeza mengikut beberapa negara seperti :-
  • Visakah Puja / Buddha Purnima - INDIA
  • Vesak - SINGAPURA
  • Visakha Bucha - THAILAND
  • Wesak - SRI LANKA
 Pada hari tersebut, di waktu pagi semua penganut agama Buddha akan mengunjungi Kuil Buddha bagi memberi penghormatan kepada Buddha, ia dilambangkan oleh 4 simbol Buddha seperti:-
  1. Pagoda
  2. Patung Buddha
  3. Pokok Bodhi
  4. Sarikata ( Relik Buddha)
Para penganut juga akan melafazkan semula Tirasana (Tiga Perlindungan) iaitu :-
  • Buddha - Menyanjungi Buddha sebagai Guru Agung yang telah menunjukkan cara untuk mendapat kedamaian dalam kehidupan.
  • Dhamma - Keyakinan serta mengamalkan ajaran Buddha untuk mendapat kedamaian dalam hidup iaitu Nibbana.
  • Sangha - Mendapat sokongan serta menyokong sesama umat Buddha dalam mengamalkan ajaran Buddha.
 Ia diraikan dalam bulan MEI pada waktu terang bulan (Purnama Sidhi) untuk memperingati 3 peristiwa penting, iaitu :-
  1. Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.
  2. Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M.
  3. Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.

SHARING IS CARING

P/S : HAPPY WESAK DAY and HAPPY HOLIDAY
*Tak dapat cuti kena keje..hukhukhuk,, :(

Sumber : DISINI

No comments:

Post a Comment

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda

300 x 250