-->
728 x 90

CARI APE TU?

Saturday, June 24, 2017

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2017

Salam 1 Malaysia ^_^

Hari ini merupakan Ramadhan terakhir untuk tahun 2017. Alhamdulillah, kita semua dapat merasai nikmat bulan Ramadhan hingga penghujungnya. InsyaAllah, esok kita semua bakal meraikan Hari Raya AidilFitri yakni hari kemenangan kita setelah sebulan menjalani ibdah puasa.

Dikesempatan ini, Cik Mimie ingin memohon ampun dan maaf kepada semua rakan-rakan blogger yang dikenali mahupun tidak. Jika ada terkasar bahasa ataupun terdapat bait-bait kata yang selama ini Cik Mimie tulis menguris hati. Cik Mimie mohon ampun dan maaf. Halal segala apa yang dikongsikan disini, harap kita dapat terus mengikat silaturahin di alam maya ini.

Tahun ini merupakan tahun pertama Cik Mimie beraya sebagai seorang isteri dan juga beraya di rumah mertua. Semoga semuanya berjalan lancar dan kita semua dapat menikmati nikmat hari raya tahun ini. Amin..


Dengan ini Cik Mimie ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN!

#teamrayajohor #teamtakdekampung #pagirumahmertuapetangumahmakabah #satudaerahjer

p/s :Hari ini still bekerja, off satu minggu...yeaayhhh!!!

Thursday, June 22, 2017

"Giveaway Mengejar Lailatul Qadar"

Salam 1 Malaysia ^_^




  1. Follow blog Shawal
  2. Like fanpage  || 
  3. Add google+ : +Mohd Noor Shawal
  4. Buat entry tajuk "Giveaway Mengejar Lailatul Qadar"
  5. Letak banner GA dan backlinkkan ke blog ni 
  6. Dah siap, publish then komen link penyertaan di entri ni.. Done..
  7. Wajib baca dan hayati poster dibawah.

Image result for poster lailatul qadar

Tamat: 24 June 2017

P/s : Marilah kita mengambil peluang menghayati malam-malam terakhir Ramadhan :)

Thursday, June 15, 2017

CANTIK DI PAGI RAYA DENGAN BUSANA DARI LAZADA

Salam 1 Malaysia ^_^

Jom!! Sertai Peraduan Lazada Ramadhan Raya Blogger & Memenangi Baucer Membeli-belah Lazada!


Gedung Membeli-belah secara atas talian @ Online iaitu LAZADA, telah menganjurkan beberapa peraduan untuk Blogger bersempena Bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang tak lama lagi. Cik Mimie pasti semua blogger tahu mengenai peraduan ini. Ha? ada yang tak tahu? takpe-takpe U Olls, boleh KLIK SINI untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Peraduan dari LAZADA :)

Bersempena Bulan Ramadhan dan Bulan Syawal yang tinggal beberapa hari je lagi akan menjelang Lazada ada menyediakan Jualan Ramadhan Lazada dimana U Olls boleh menikmati Diskaun Istimewa sehingga 90% yang berlangsung selama dari 16 Mei sehingga 30 June 2017.

<KLIK BANNER>
BAGAIMANA NAK SERTAI PERADUAN LAZADA RAMADHAN RAYA BLOGGER?

Peraduan ini bermula dari 19 Mei sehingga 25 Jun 2017 selama 4 minggu. Peserta yang ingin menyertai perlu memilih salah satu atau boleh menyertai lebih dari satu topik berbeza yang telah Lazada sediakan pada setiap minggu. So, ini bermakna ada 4 topik yang U Olls boleh pilih untuk tulis di blog U Olls mengikut tarikh pertandingan yang ditetapkan. Sebagai contoh, bermula minggu ini iaitu 19 Mei sehingga 1 Jun 2017 artikel yang perlu U Olls tulis ada mengenai masakan kegemaran semasa berbuka puasa, kongsikan resepi dan pilih produk di Lazada yang boleh membantu U Olls menyediakan masakan U Olls. Ha, mudah je kan? Tajuk article adalah nama resepi U Olls :) setiap article yang telah di post perlu emelkan link ke contest@lazada.com.my dengan seubjek: Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest.

HADIAH - LAGI BANYAK PENYERTAAN, LAGI RAMAI PEMENANG!!
  1. Kurang dari 100 penyertaan (15 Pemenang) - 15 x RM100.00
  2. Lebih dari 100 penyertaan (20 Pemenang)  - Pertama = 1 x RM400.00, Kedua = 8 x RM150.00 & Ketiga = 11 x RM100.00
  3. Lebih dari 200 penyertaan ( 50 Pemenang) - Pertama = 1 x RM500.00, Kedua = 16 x RM150.00 & Ketiga = 33 x RM100.00
  4. Lebih dari 300 penyertaan (80 Pemenang) - Pertama = 1 x RM600.00, Kedua = 35 x RM150.00 & Ketiga = 44 x RM100.00
Berita baik untuk U Olls, setiap minggu Lazada akan memilih3 pemenang bertuah untuk memenangi Baucer Membeli-belah dia Lazada setiap seorang!!

Pergh, betul-betul awesome bukan? so, tunggu apa lagi jom lah kita memeriahkan lagi peraduan dari Lazada ni. Mana tahu ada rezeki buat kita :D 

PERADUAN LAZADA RAMADHAN RAYA BLOGGER - MINGGU KETIGA 

A. Apakah tema warna anda untuk Raya ini?
     (What's your color theme for this Raya?)

Tahun ini merupakan tahun pertama Cik Mimie beraya sebagai seorang isteri, dan tahun ini juga akan beraya dirumah belah suami. So, tema warna pakaian tahun ini kami decide warna MERAH (warna kesukaan Cik Mimie...yeaayhh!) dan UNGU (Raya kedua nanti..hehehe).

B. Kongsikan secara terperinci pakaian anda untuk Raya ini.
     (Share your outfit details for this Raya)

Cik Mimie dan suami akan menggayakan pakaian tradisional kita iaitu baju melayu dan baju kurung moden untuk raya tahun ini. Rekaan baju Cik Mimie nak, ala-ala di bawah ini :)

Sumber

C. Apakah pakaian/baju yang mahu anda beli di platform Lazada's untuk Raya ini?
     (What outfit/clothes would you like to buy on Lazada's platform for this Raya?)


Di Platform Lazada "Riang Ria Raya Fashion" menyediakan pelbagai pilihan busana untuk digayakan di Hari Raya. *Rambang mata dibuatnya :) Dengan Lazada Cik Mimie dapat menjimatkan masa tak perlu ke shopping mall untuk mencari busana dan juga warna tema yang Cik Mimie idamkan. Lazada juga menawarkan harga yang sangat-sangat berbaloi!! :D Rugi kalau u Olls tak shopping di Lazada!



Bukan baju je yang boleh kita dapatkan di Lazada ni, tudung / selendang pun ada untuk digayakan dengan baju pilihan kita. Hanya dihujung jari complete semuanya :D


So, kepada U Olls yang tak join lagi. Boleh join peraduan dari Lazada ni.. CEPAT-CEPAT :)

p/s : Semoga ada rezeki buat Cik Mimie dan semua peserta :)

Wednesday, June 14, 2017

"Giveaway Annivesary Dan Duit Raya"

Salam 1 Malaysia ^_^


Hadiah Untuk Pemenang 

Cash 
Cash RM50 - 2 Pemenang
Cash RM30 - 1 Pemenang
Cash RM20 - 1 Pemenang 

Top Up 
RM10 - 3 Pemenang 
RM5 - 1 Pemenang

Barang-Barang Lain 
1 set kerongsang - 1 Pemenang 
Tudung- 1 Pemenang 
Eyeliner - 3 Pemenang 
Cermin 2 in 1 - 1 Pemenang 
Watermark - 1 pemenang

Giveaway ini akan bermula pada 29 Mei 2017 hingga 29 Jun 2017 tamat jam 11.59 malam.. Keputusan pemenang akan diumumkan pada  3 Julai 2017. 100% pemilihan pemenang menggunakan random.org.

p/s : Cik Ash mencari 15 pemenang untuk GA ini. So, tunggu apa lagi jom join :D

Wordless Wednesday #3 (2017) : Rindu Dia...

Salam 1 Malaysia ^_^



p/s : Throwback (':

Monday, June 12, 2017

CORNFLAKE'S BERSALUT COKLAT - KUIH RAYA PERTAMA

Salam 1 Malaysia ^_^

Salam 17 Ramadhan, sekejap je masa berlalu. Semalam baru Cik Mimie berkesempatan nak buat kuih raya. Itupun buat yang simple dan tak perlu menggunakan ketuhar. HEHEHE.. First raya, sebagai isteri dan juga menantu. So, semalam ajak MIL buat kuih sama-sama. Alhamdulillah, siap dengan jayanya :)

Bagi sesiapa nak cuba buat kuih raya yang simple lagi senang ni, boleh tengok resepi dibawah :)

Cornflake salut coklat

Bahan-bahannya :-
1 kotak cornflakes (300gram) atau ikut banyak mana U Olls nak.
1 bar coklat masakan
1/4 butter (Buttercup) untuk kilatkan coklat
1 bekas coklat urai warna warni (sebagai hiasan)
Papercup secukupnya

Cara membuatnya:-
1. Masukkan coklat masakan dan juga butter dalam satu bekas masak menggunakan kaedah double boiler atau guna microwave pun boleh.
2. Apabila coklat dah cair dan sebati dengan butter. Sejukkan sekejap.
3. Dalam bekas yang lain, masukkan cornflakes dan ramas-ramas supaya menjadi kepingan kecil.
4. Setelah coklat sejuk sedikit masukkan kedalam cornflakes dan gaul sehingga rata.
5. Sudukan cornflake ke dalam papercup dan hias dengan coklat urai.
6. Susun di dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk bagi mendapatkan cornflake yang sedap! :D

P/s : Selamat mencuba... :) Next Popia nestum...

Saturday, June 10, 2017

Genap 6 Tahun

Salam 1 Malaysia ^_^

Alhamdulillah, hari ini 10.06.2017 genaplah 6 tahun usia perkenalan Cik Mimie dengan Incik kesayangan. Kalau ikutkan lagi lama sebab kami satu sekolah menengah dulu. Tapi, masa sekolah memang buat tak tahu jer. Bercakap pun payah, sikit pun tak tertarik orang kata. HAHAHA.. Kalau Dah Jodoh Tak Kemana la kan? Hehehe..

Sekarang pun dan 6 bulan menjadi suami isteri, InsyaAllah semoga Allah berkati dan rahmati hubungan kami sehingga ke Jannah-NYA. Adat berumahtangga, ada pasang surutnya. Semoga Allah bekalkan dengan kesabaran dan ketabahan untuk hadapi segala ujian yang mendatang. Amin :)


SELAMAT ULANGHTAHUN PERKENALAN KITA SAYANG :) Semoga kasih sayang dan cinta antara kita tak pernah kurang. Harap kita dapat menjalani kehidupan kita bersama-sama hingga ke akhir hayat. MAMA SAYANG PAPA!!

P/s : Incik kesayangan tak pernah lupa tarikh ni sebab selama 6 tahun, setiap bulan kami akan wish happy monthiversary kami. hahaha.. mungkin ini satu tips untuk lelaki tak lupa tarikh penting. ^_-

Friday, June 9, 2017

Menang Ramadhan / Syawal 2017 Giveaway by Kasihkuamani

Salam 1 Malaysia ^_^


Hari ini 09.06.2017, maka tamatlah GA anjuran Kak Sha @ Kasihku Amani Imani. Alhamdulillah, Cik Mimie tersenarai sebagai salah seorang pemenang di antara 20 orang yang dipilih. So, siapa-siapa yang belum semak senarai pemenang boleh KLIK SINI :)


P/s : Tahniah buat semua pemenang, terima kasih kepada Kak Sha jugak :)

Thursday, June 8, 2017

"Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By FarahGlanzDotCom"

Salam 1 Malaysia ^_^

"Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By FarahGlanzDotCom"


Apa itu SGshop Malaysia?

SGshop merupakan satu laman web shopping online antarabangsa dari China ke Malaysia dengan harga yang murah. SGshop ditubuhkan pada bulan Ogos 2011 dan sebuah syarikat tempatan yang berdaftar serta pakar dalam logistik supaya boleh menerima produk yang dikehendaki untuk dibeli dari laman web e-dagang China. Selain itu, pihak SGshop juga bekerjasama dengan pelbagai pihak bank untuk memastikan bahawa proses pembayaran selamat dan cekap.

Okay, jika u all nak menjadi salah seorang pemenang bertuah ini sila ikuti syarat-syarat seperti berikut:-

Syarat-syarat:-

  1. Terbuka kepada semua blogger 
  2. Copy code HTML di kotak bawah dan paste di blog anda dan tulis entri bertajuk "Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By FarahGlanzDotCom"
  3. Follow Blog:FarahGlanzDotCom | IG:FarahGlanzDotCom | FB: FarahGlanzDotCom
  4. Like Fan Page SGShop Malaysia dan IG: SGshopMalaysia
  5. Nyatakan barang yang ingin dibeli dengan nilai RM100 Shopping Credit tersebut 
  6. Hantar penyertaaan berserta link blog anda di ruang komen di bawah. 
Barang yang ingin di beli di SGshop Malaysia ialah :

Chi Master Holding Ironing Machine For Household Mini Small Steam Iron Brush Portable Electric Ironing Iron

South Korea With Sandals With Coarse Fashion Shoes Leisure Mother Rome Fish Mouth Shoes Leather Shoes Middle-Aged Summer 2017

Jumlah : RM92.36

Tarikh Tutup
26 Mei 2017 - 09 Jun 2017
*Senarai pemenang akan diumumkan pada 12 Jun 2017 menerusi random.org

HADIAH :
10 x RM100 Shopping Credit SGshop Malaysia

Info:-Bagi pemenang yang bertuah nanti pastikan anda telah mendaftar akaun dengan SGshop Malaysia bagi memudahkan RM100 shopping credit SGshop Malaysia dikreditkan terus ke akaun anda nanti yer.. All the best and Good Luck!

p/s : Memeriahkan lagi GA rakan-rakan blogger... All the best semua peserta :)

Tuesday, June 6, 2017

“Giveaway Kad Raya by Zafirah Nazri”

Salam 1 Malaysia ^_^


Syarat - syaratnya :

1 - follow blog saya

2 - buat satu entry bertajuk “Giveaway Kad Raya by Zafirah Nazri”

3 - Tempekkan banner dekat atas , backlink kan ke entry ini . 


4 - klik salah satu link | ini | ini | dan |ini |  singgah habis loading

5 - komen link entry anda di entry ini.

Siap ! selamat bersegmen semua . 


saya akan pilih seramai 10 orang untuk diberikan kad raya . 

Tarikh Tamat : 18 Jun 2017

p/s : All the best!

Saturday, June 3, 2017

Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals

Salam 1 Malaysia ^_^


SILA KLIK BANNER DI ATAS JIKA MAHU MENANG DUIT RAYA!

Assalamualaikum kepada semua rakan blogger. Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga semua ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t. Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak, Abam Kie dan penaja2 yang baik hati sekalian dengan secara rasminya melancarkan Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals. Jom sertai GA yang hebat ini kerana kami sudah menyediakan duit raya dan barangan eksklusif untuk dimenangi. Kalau tak join memang rugilah. Berikut ialah hadiah-hadiah yang ditawarkan:

RM20 X 11 pemenang
RM10 X 13 pemenang
Selendang Rindu X 2 pemenang
Stokin Tangan dan Stokin Silvy X 2 pemenang
Pre-loved Novel X 2 pemenang
Kad Raya untuk peserta terpantas dan terakhir!

Kesemuanya 32 orang pemenang bakal kami cari!

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow blog dan Google+ penganjur dan penaja-penaja berikut:

* Abam Kie
* Ceritera Ibu
* Shafyqah Azahar
* Dearies Couple
* Jiakreatifelt
* Lovely Sunshine
* Saghah Cheeky Lady
* Sedetik Seketika
* Lea Azleeya
* Queen Bee
* irrayyan.com
* Kasihku Amani
* Hazrina Halim
* Mia Liana

2. Follow instagram berikut. (Bagi peserta yang ada akaun IG sahaja)

* Najiah Shaharain
* Abam Kie
* Mardhiyyah Rosli
* Shafyqah Azahar
* irrayyandotcom
* mialiana

3. Like Facebook berikut. (Jangan kata anda tak ada akaun FB!)

* Ina Azzahra
* Ayuni Dibble
* Handsock Murah dan Cantik
* Mialiana.com


4. Buat entri bertajuk Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals

5. Salin dan tampal kod HTML yang disediakan

6. Terbitkan

7. Tinggalkan pautan entri giveaway anda di ruangan komen entri SINI sahaja

8. Siap!

Pastikan anda mematuhi segala syarat yang dinyatakan. Boleh follow blog2 di atas tu sikit2. Lama2 habis la. Honesty is the best policy. Kerjasama rakan2 blogger amat diperlukan dan Abam Kie akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih kerana sudi menyertai GA ini. Selamat maju jaya dan selamat menyempurnakan ibadah puasa pada tahun ini!

Jom klik di SINI jika nak join Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals.

Tarikh Tamat : 16 June 2017

Kek Butter Kurma - Juadah Sampingan Berbuka

Salam 1 Malaysia ^_^

Hari ini merupakan hari ke-8 kita menyambut bulan Ramadhan, terasa pantas masa berlalu. Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat di bulan mulia ni kan? :) So, untuk entry hari ini Cik Mimie nak berkongsi resepi yang sangat simple untuk buat Kek Butter Kurma yang sangat sedap! :)

Semalam Cik Mimie berbuka di rumah Family bersama adik beradik yang lain. So, petang tu Cik Mimie decide nak buat Kek untuk juadah sampingan. Memandangkan bulan puasa ni, so memang orang akan makan buah kurma betul tak? Cik Mimie pun apa lagi, terus buat Kek Butter Kurma. Dapat juga bantu memberi tenaga dan mengenyangkan perut. Tunggu apa lagi? Check it Out!!!

Kek Butter Kurma
Bahan-Bahan yang diperlukan :
  • 1 Buku Buttercup (250gram)
  • 2 Cawan Tepung Gandum
  • 3/4 Cawan Gula Pasir
  • 1 Sudu Serbuk Penaik
  • 1 Sudu Esen Vanila
  • 4 Biji Telur
  • 10 biji buah kurma (dibuang biji dan dipotong kecil)
Cara-cara membuatnya :
  1. Panaskan Oven dan juga loyang dalam suhu 180C lebih kurang 15 minit.
  2. Masukkan Butter, Gula dan telur di dalam mixer dan pukul sehingga semua bahan sebati. (Nak guna manual whisk hand pun boleh :)
  3. Kemudian, masukkan telur satu persatu dan esen vanila. Pukul lagi.
  4. Bila adunan dah sebati masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, serbuk penaik dan juga buah kurma. Gaul adunan sehingga rata.
  5. Keluarkan loyang dan sapukan permukaannya dengan sedikit butter.
  6. Masukkan adunan kedalam loyang dan ratakan. Kalau nak letak hirisan buah kurma diatas adunan pun boleh, macam Cik Mimie buat ni :)
  7. Bakar adunan menggunakan suhu 180C masa lebih kurang 30 minit. (Mengikut Oven masing-masing ye)
  8. Siap dan sedia untuk dimakan.. Nyum3!!
P/s : Selamat mencuba, jangan pula ada yang nak buka puasa baca entry ni..heheheh :D

Thursday, June 1, 2017

Menang Giveaway SGshop RM1000 Free Shopping Credit

Salam 1 Malaysia ^_^


Alhamdulillah rezeki di bulan puasa, tak sangka penyertaan 'last minute' memberi tuah rupanya. Terima kasih kepada pihak penganjur Giveaway ELIPJAPAHAR dan jugak Incik Random.org sebab memilih Cik Mimie menjadi salah seorang pemenang. Seronok tak terkata rasanya :)



Bagi yang belum semak lagi senarai pemenang GA ini boleh KLIK SINI :)

p/s : Tahniah kepada pemenang-pemenang lain :D
300 x 250